MASA LALU BUYA HAMKA
Buya Hamka lahir tahun 1908, di desa kampung Molek, Meninjau, Sumatera
Barat, dan meninggal di Jakarta 24 Juli 1981. Nama lengkapnya adalah
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, disingkat menjadi HAMKA.
Belakangan
ia diberikan sebutan Buya, yaitu panggilan buat orang Minangkabau yang
berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab, yang berarti ayah kami,
atau seseorang yang dihormati.
Ayahnya adalah Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenal sebagai Haji
Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau,
sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.
HAMKA (1908-1981), adalah
akronim dari nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah.
Beliau adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang
amat terkenal di alam Nusantara.
Hamka mendapat pendidikan rendah di
Sekolah Dasar Maninjau sehingga Darjah Dua. Ketika usia Hamka mencapai
10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang.
Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga
pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan
ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan
Mansur, R.M. Surjoparonto dan Ki Bagus Hadikusumo.
Hamka mula-mula
bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi,
Medan dan guru agama di Padangpanjang pada tahun 1929. Hamka kemudian
dilantik sebagai dosen di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas
Muhammadiyah, Padangpanjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah
itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan
Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Dari tahun 1951 hingga tahun
1960, beliau menjabat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama
Indonesia, tetapi meletakkan jabatan itu ketika Sukarno menyuruhnya
memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis
Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).
Hamka adalah seorang otodidiak
dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti filsafat, sastra,
sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam maupun Barat. Dengan
kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya
ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji
Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui
bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggris dan
Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold
Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin
membaca dan bertukar-tukar pikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta
seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjoparonoto, Haji Fachrudin, Ar
Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga
menjadi seorang ahli pidato yang handal.
Hamka juga aktif dalam
gerakan Islam melalui pertumbuhan Muhammadiyah. Beliau mengikuti
pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah,
tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai tahun 1928, beliau
mengetuai cabang Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka
mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian
beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar. Kemudian beliau terpilih
menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh
Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun
1946. Beliau menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah
ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.
Pada tahun 1953, Hamka dipilih
sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiah. Pada 26 Juli 1977, Menteri
Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai ketua umum
Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada
tahun 1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah
Indonesia.
Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 apabila
beliau menjadi anggota parti politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945,
beliau membantu menentang kemaraan kembali penjajah Belanda ke Indonesia
melalui pidato dan menyertai kegiatan gerila di dalam hutan di Medan.
Pada tahun 1947, HAMKA dilantik sebagai ketua Barisan Pertahanan
Nasional, Indonesia. Beliau menjadi anggota Konstituante Masyumi dan
menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955. Masyumi kemudiannya
diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964
hingga tahun1966, HAMKA telah dipenjarakan oleh Presiden Sukarno kerana
dituduh pro-Malaysia. Semasa dipenjarakanlah maka beliau mula menulis
Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar
dari penjara, Hamka dilantik sebagai ahli Badan Musyawarah Kebajikan
Nasional, Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan
anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia.
Selain aktif dalam
soal keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan, penulis,
editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an, HAMKA menjadi wartawan
beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam
dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah
Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan
menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi
editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.
Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti
novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5
jilid) dan antara novel-novelnya yang mendapat perhatian umum dan
menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau
ke Deli.
Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat
nasional dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris
Causa, Universitas al-Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universitas
Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelaran Datuk Indono dan Pengeran
Wiroguno daripada pemerintah Indonesia.
Hamka telah pulang ke
rahmatullah pada 24 Juli 1981, namun jasa dan pengaruhnya masih terasa
sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja
diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara
kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia
dan Singapura, turut dihargai.
SUMBER: Anonym berbagai sumber
Tidak ada komentar:
Posting Komentar